Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak sekalian. Adakah kamu semua telah bersedia untuk mengikuti PDPR BM pada hari ini? Cikgu Rin harap anak-anak bersemangat untuk mempelajari subjek Bahasa Melayu dengan lebih ceria.
AKTIVITI 1
1. Anak-anak jangan lupa untuk mengisi kehadiran secara online yang telah Cikgu Rin berikan tadi.
AKTIVITI 2
1. Mari buka buku teks pada halaman 13.
2. Apakah yang anak-anak dapat tafsirkan tentang tajuk "Buku Teman Setia".
3. Buku Teman Setia bermaksud buku yang sentiasa kita bawa bersama-sama untuk mengisi kesunyian.
4. Baca dan fahamkan bahagian IKLAN dan bahagian DIALOG.
5. Anak-anak cuba lengkapkan dialog dengan memberikan respons yang sesuai.
AKTIVITI 3
1. Mari menonton video di bawah untuk memahami isi pengajaran dengan lebih jelas.
2. Adakah anak-anak telah memahami cara untuk memberikan respons terhadap sesuatu soalan yang diajukan oleh seseorang?
3. Sekiranya belum lagi memahami cara untuk memberikan respons, anak-anak boleh menonton video di atas berulang kali sehingga faham.
AKTIVITI 4
1. Murid membuat latihan tugasan
AKTIVITI 5
1. Anak-anak diminta untuk menghantar hasil tugasan.
2. Ambil gambar hasil tugasan dan hantar ke pautan Google Photo yang cikgu sediakan.
TERIMA KASIH ANAK-ANAK YANG HEBAT.
MOGA ANAK-ANAK MENDAPAT ILMU YANG BERMANFAAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan