Isnin, 15 Februari 2021

M5 PDPR BM TAHUN 6

 


Selamat datang di laman blog Cikgu Rin.  Pada hari ini kita akan belajar PDPR Bahasa Melayu Tahun 6.  Cikgu harap anak-anak sudah bersedia dengan PDPR kita pada hari ini.  Semoga anak-anak memahami dengan topik pada hari ini.


AKTIVITI 1

1.  Anak-anak diminta untuk mengisi kehadiran pada hari ini melalui link kehadiran yang telah cikgu sediakan.


AKTIVITI 2

1.  Anak-anak diminta untuk membaca dan memahami teks pada muka surat 18, 19 dan 22.



AKTIVITI 3

1.  Adakah anak-anak memahami teks yang telah dibaca?

2.  Sekiranya masih tidak memahami teks yang telah dibaca, anak-anak jangan risau.  Cikgu Rin telah melampirkan video Youtube untuk ditonton oleh anak-anak.

3.  Cikgu Rin harap anak-anak dapat memahaminya dengan lebih mendalam.

VIDEO PERTAMA



VIDEO KEDUA



AKTIVITI 4

1.  Sekarang tiba masanya untuk anak-anak membuat LATIHAN 1 DAN LATIHAN 2 yang terdapat dalam video di atas.  Tulis latihan tersebut  dalam buku tulis TATABAHASA (buku kecil berwarna coklat).(RUJUK VIDEO PERTAMA)

2.  Murid tulis LATIHAN ULASAN pula berdasarkan video di atas (RUJUK VIDEO KEDUA)

AKTIVITI 5

1.  Anak-anak diminta untuk menghantar hasil tugasan ke dalam link Google Photo yang Cikgu Rin sediakan.

2.  Moga anak-anak memahami setiap kemahiran yang dipelajari pada hari ini.


Terima kasih anak-anak yang hebat.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

M6 PDPR SEJARAH TAHUN 6

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kita bertemu lagi pada hari ini dalam PDPR Sejarah.  Topik pada kali ini amat menarik.  Cikgu harap s...