Assalamualaikum dan selamat datang di laman blog Cikgu Rin. Cikgu harap anak-anak sudah bersedia untuk mewarna Si Putih Menawan yang telah dilukis oleh anak-anak pada PDPR sebelum ini.
AKTIVITI 1:
1. Cikgu Rin mohon anak-anak untuk mengisi kehadiran pada hari ini. Isi kehadiran berdasarkan link yang telah cikgu sediakan.
AKTIVITI 2:
2. Jom kita tonton semula video cara-cara untuk mewarna Si Putih Menawan dengan menggunakan teknik catan.
3. Anak-anak yang belum melukis gambar Si Putih Menawan, silalah lukis dengan menggunakan kertas lukisan.
AKTIVITI 3:
1. Setelah menonton video di atas, anak-anak boleh mula mewarna gambar Si Putih Menawan dengan menggunakan teknik catan.
2. Sila rujuk buku teks pada halaman 6 hingga 9.
AKTIVITI 4:
1. Selepas selesai mewarna, anak-anak diminta untuk menghantar hasil karya (tugasan).
2. Ambil gambar hasil karya tersebut dan hantar ke link Google Photo yang Cikgu Rin sediakan.
Terima kasih anak-anak yang hebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan