Selasa, 16 Februari 2021

M5 PDPR BM TAHUN 5


Salam sejahtera anak-anak Cikgu Rin.  Moga semuanya sihat dan ceria untuk mengikuti PDPR Bahasa Melayu pada hari ini.  


AKTIVITI 1

1.  Anak-anak diminta untuk mengisi kehadiran di pautan yang telah cikgu sediakan.



AKTIVITI 2: 
  

1.  Anak-anak diminta membaca dan memahami dialog yang terdapat dalam buku teks muka surat 7.
2.  Jangan lupa cuba lengkapkan respons yang terdapat dalam buku teks secara lisan / bertutur.
3.  Kemudian, anak-anak menonton video di bawah untuk memahaminya dengan lebih mendalam.





AKTIVITI 3:

1.  Anak-anak diminta untuk membaca petikan yang bertajuk Kita Boleh pada muka surat 8.  
2.  Fahami isi tersirat yang terdapat dalam petikan.
3.  Cuba dapatkan respons yang sesuai berdasarkan isi tersirat tersebut.
4.  Mari menonton video Youtube di bawah untuk pemahaman lebih mendalam.




AKTIVITI 4:

1.   Anak-anak diminta membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam poster Kempen Jalan dan Kutip pada halaman 9.
2.   Tonton video di bawah untuk  memahami isi pengajaran dengan lebih mendalam.




AKTIVITI 5

1.  Sekarang tiba masanya untuk anak-anak membuat LATIHAN 1 DAN LATIHAN 2. 
2.  Anak-anak boleh merujuk dalam video-video yang telah ditonton.




AKTIVITI 6:

1.  Jangan lupa hantar hasil tugasan di pautan Google Photo yang telah cikgu beri.


Terima kasih anak-anak yang hebat




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

M6 PDPR SEJARAH TAHUN 6

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kita bertemu lagi pada hari ini dalam PDPR Sejarah.  Topik pada kali ini amat menarik.  Cikgu harap s...