Selasa, 16 Februari 2021

M5 PDPR 2 BM TAHUN 6

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak sekalian.  Adakah kamu semua telah bersedia untuk mengikuti PDPR BM pada hari ini?  Cikgu Rin harap anak-anak bersemangat untuk mempelajari subjek Bahasa Melayu dengan lebih ceria.


AKTIVITI 1

1.  Anak-anak jangan lupa untuk mengisi kehadiran secara online yang telah Cikgu Rin berikan tadi.


AKTIVITI 2

1.   Mari buka buku teks pada halaman 20.  

2.  Apakah yang anak-anak dapat tafsirkan tentang tajuk  "Otak Manusia".

3.  Otak manusia bermaksud satu organ yang penting bagi manusia untuk berfikir, bertindak dan membuat sesuatu keputusan dengan waras.

4.  Baca dan fahamkan idea-idea utama yang terdapat dalam keenam-enam gambar dalam buku teks halaman 20.


AKTIVITI 3

1.  Mari menonton video di bawah untuk memahami isi pengajaran dengan lebih jelas iaitu tentang cara membina kerangka karangan dan membina karangan dalam bentuk perenggan.



AKTIVITI 4

1.  Murid membuat latihan membina kerangka karangan dan membina karangan berdasarkan video di atas.

LATIHAN 1 ( TULIS DALAM BUKU KARANGAN -  BUKU PANJANG)




LATIHAN 2 (TULIS DALAM BUKU KARANGAN - BUKU PANJANG)
(RUJUK KERANGKA KARANGAN YANG TELAH DIBUAT)




AKTIVITI 5

1.  Hasil tugasan perlu dihantar kepada guru. 
2.  Ambil gambar LATIHAN 1 dan LATIHAN 2, hantar ke pautan Google Photo yang telah cikgu beri.



TAHNIAH ANAK-ANAK YANG CEMERLANG.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

M6 PDPR SEJARAH TAHUN 6

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kita bertemu lagi pada hari ini dalam PDPR Sejarah.  Topik pada kali ini amat menarik.  Cikgu harap s...