Isnin, 22 Februari 2021

M6 PDPR PMZ TAHUN 5

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kita bersua kembali dalam PDPR PMZ yang begitu santai dan ceria.


AKTIVITI 1

1.  Sebelum kita meneruskan PDPR, Cikgu Rin mohon anak-anak mengisi kehadiran secara online.  Klik link di bawah:

http://gg.gg/ob5nh


AKTIVITI 2

1.  Anak-anak diminta membuka buku teks Pendidikan Muzik Tahun 5 pada muka surat 11.

2.  Sebelum ini, anak-anak telah belajar membaca lirik dan menyanyi lagu Santun di Jalan Raya dengan menggunakan TEMPO CEPAT dan TEMPO LAMBAT.

3.  Pada hari ini pula, anak-anak diminta untuk menyanyi semula lagu Santun di Jalan Raya menggunakan lagu INSTRUMENTAL TEMPO CEPAT dan INSTRUMENTAL TEMPO LAMBAT.


AKTIVITI 3

1.  Murid berlatih menyanyi lagu Santun di Jalan Raya menggunakan instrumental yang cikgu sediakan di bawah. Klik link Youtube berikut:


INSTRUMENTAL TEMPO CEPAT


INSTRUMENTAL TEMPO LAMBAT


AKTIVITI 4

1.  Murid diminta untuk membuat rakaman nyanyian lagu Santun di Jalan Raya.  

2.  Rakamkan nyanyian satu rangkap lagu sahaja.

3.  Murid boleh memilih untuk menyanyi dalam tempo cepat atau lambat.


AKTIVITI 5

1.  Murid menghantar tugasan rakaman nyanyian kepada guru kamu. 



SELESAI PDPR PMZ PADA HARI INI.

ALHAMDULILLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

M6 PDPR SEJARAH TAHUN 6

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kita bertemu lagi pada hari ini dalam PDPR Sejarah.  Topik pada kali ini amat menarik.  Cikgu harap s...