Selasa, 16 Februari 2021

M5 PDPR 2 BM TAHUN 6

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak sekalian.  Adakah kamu semua telah bersedia untuk mengikuti PDPR BM pada hari ini?  Cikgu Rin harap anak-anak bersemangat untuk mempelajari subjek Bahasa Melayu dengan lebih ceria.


AKTIVITI 1

1.  Anak-anak jangan lupa untuk mengisi kehadiran secara online yang telah Cikgu Rin berikan tadi.


AKTIVITI 2

1.   Mari buka buku teks pada halaman 20.  

2.  Apakah yang anak-anak dapat tafsirkan tentang tajuk  "Otak Manusia".

3.  Otak manusia bermaksud satu organ yang penting bagi manusia untuk berfikir, bertindak dan membuat sesuatu keputusan dengan waras.

4.  Baca dan fahamkan idea-idea utama yang terdapat dalam keenam-enam gambar dalam buku teks halaman 20.


AKTIVITI 3

1.  Mari menonton video di bawah untuk memahami isi pengajaran dengan lebih jelas iaitu tentang cara membina kerangka karangan dan membina karangan dalam bentuk perenggan.



AKTIVITI 4

1.  Murid membuat latihan membina kerangka karangan dan membina karangan berdasarkan video di atas.

LATIHAN 1 ( TULIS DALAM BUKU KARANGAN -  BUKU PANJANG)




LATIHAN 2 (TULIS DALAM BUKU KARANGAN - BUKU PANJANG)
(RUJUK KERANGKA KARANGAN YANG TELAH DIBUAT)




AKTIVITI 5

1.  Hasil tugasan perlu dihantar kepada guru. 
2.  Ambil gambar LATIHAN 1 dan LATIHAN 2, hantar ke pautan Google Photo yang telah cikgu beri.



TAHNIAH ANAK-ANAK YANG CEMERLANG.




M5 PDPR 2 BM TAHUN 5

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera anak-anak sekalian.  Adakah kamu semua telah bersedia untuk mengikuti PDPR BM pada hari ini?  Cikgu Rin harap anak-anak bersemangat untuk mempelajari subjek Bahasa Melayu dengan lebih ceria.


AKTIVITI 1

1.  Anak-anak jangan lupa untuk mengisi kehadiran secara online yang telah Cikgu Rin berikan tadi.


AKTIVITI 2

1.   Mari buka buku teks pada halaman 13.  

2.  Apakah yang anak-anak dapat tafsirkan tentang tajuk  "Buku Teman Setia".

3.  Buku Teman Setia bermaksud buku yang sentiasa kita bawa bersama-sama untuk mengisi kesunyian.

4.  Baca dan fahamkan bahagian IKLAN dan bahagian DIALOG.

5.  Anak-anak cuba lengkapkan dialog dengan memberikan respons yang sesuai.


AKTIVITI 3

1.  Mari menonton video di bawah untuk memahami isi pengajaran dengan lebih jelas.


2.  Adakah anak-anak telah memahami cara untuk memberikan respons terhadap sesuatu soalan yang diajukan oleh seseorang?

3.  Sekiranya belum lagi memahami cara untuk memberikan respons, anak-anak boleh menonton video di atas berulang kali sehingga faham.


AKTIVITI 4

1.  Murid membuat latihan tugasan 


AKTIVITI 5

1.  Anak-anak diminta untuk menghantar hasil tugasan.

2.  Ambil gambar hasil tugasan dan hantar ke pautan Google Photo yang cikgu sediakan.


TERIMA KASIH ANAK-ANAK YANG HEBAT.

MOGA ANAK-ANAK MENDAPAT ILMU YANG BERMANFAAT.







M5 PDPR BM TAHUN 5


Salam sejahtera anak-anak Cikgu Rin.  Moga semuanya sihat dan ceria untuk mengikuti PDPR Bahasa Melayu pada hari ini.  


AKTIVITI 1

1.  Anak-anak diminta untuk mengisi kehadiran di pautan yang telah cikgu sediakan.



AKTIVITI 2: 
  

1.  Anak-anak diminta membaca dan memahami dialog yang terdapat dalam buku teks muka surat 7.
2.  Jangan lupa cuba lengkapkan respons yang terdapat dalam buku teks secara lisan / bertutur.
3.  Kemudian, anak-anak menonton video di bawah untuk memahaminya dengan lebih mendalam.





AKTIVITI 3:

1.  Anak-anak diminta untuk membaca petikan yang bertajuk Kita Boleh pada muka surat 8.  
2.  Fahami isi tersirat yang terdapat dalam petikan.
3.  Cuba dapatkan respons yang sesuai berdasarkan isi tersirat tersebut.
4.  Mari menonton video Youtube di bawah untuk pemahaman lebih mendalam.




AKTIVITI 4:

1.   Anak-anak diminta membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam poster Kempen Jalan dan Kutip pada halaman 9.
2.   Tonton video di bawah untuk  memahami isi pengajaran dengan lebih mendalam.




AKTIVITI 5

1.  Sekarang tiba masanya untuk anak-anak membuat LATIHAN 1 DAN LATIHAN 2. 
2.  Anak-anak boleh merujuk dalam video-video yang telah ditonton.




AKTIVITI 6:

1.  Jangan lupa hantar hasil tugasan di pautan Google Photo yang telah cikgu beri.


Terima kasih anak-anak yang hebat




Isnin, 15 Februari 2021

M5 PSV TAHUN 5

 




Assalamualaikum dan selamat datang di laman blog Cikgu Rin.  Cikgu harap anak-anak sudah bersedia untuk mewarna Si Putih Menawan yang telah dilukis oleh anak-anak pada PDPR sebelum ini.


AKTIVITI 1:

1.  Cikgu Rin mohon anak-anak untuk mengisi kehadiran pada hari ini.  Isi kehadiran berdasarkan link yang telah cikgu sediakan.


AKTIVITI 2:

2.  Jom kita tonton semula video cara-cara untuk mewarna Si Putih Menawan dengan menggunakan teknik catan.

3.  Anak-anak yang belum melukis gambar Si Putih Menawan, silalah lukis dengan menggunakan kertas lukisan.


TONTON  YOUTUBE


AKTIVITI 3:  

1.  Setelah menonton video di atas, anak-anak boleh mula mewarna gambar Si Putih Menawan dengan menggunakan teknik catan.

2.  Sila rujuk buku teks pada halaman 6 hingga 9.


AKTIVITI 4:

1.  Selepas selesai mewarna, anak-anak diminta untuk menghantar hasil karya (tugasan).

2.  Ambil gambar hasil karya tersebut dan hantar ke link Google Photo yang Cikgu Rin sediakan.


Terima kasih anak-anak yang hebat.





M5 PDPR BM TAHUN 6

 


Selamat datang di laman blog Cikgu Rin.  Pada hari ini kita akan belajar PDPR Bahasa Melayu Tahun 6.  Cikgu harap anak-anak sudah bersedia dengan PDPR kita pada hari ini.  Semoga anak-anak memahami dengan topik pada hari ini.


AKTIVITI 1

1.  Anak-anak diminta untuk mengisi kehadiran pada hari ini melalui link kehadiran yang telah cikgu sediakan.


AKTIVITI 2

1.  Anak-anak diminta untuk membaca dan memahami teks pada muka surat 18, 19 dan 22.



AKTIVITI 3

1.  Adakah anak-anak memahami teks yang telah dibaca?

2.  Sekiranya masih tidak memahami teks yang telah dibaca, anak-anak jangan risau.  Cikgu Rin telah melampirkan video Youtube untuk ditonton oleh anak-anak.

3.  Cikgu Rin harap anak-anak dapat memahaminya dengan lebih mendalam.

VIDEO PERTAMA



VIDEO KEDUA



AKTIVITI 4

1.  Sekarang tiba masanya untuk anak-anak membuat LATIHAN 1 DAN LATIHAN 2 yang terdapat dalam video di atas.  Tulis latihan tersebut  dalam buku tulis TATABAHASA (buku kecil berwarna coklat).(RUJUK VIDEO PERTAMA)

2.  Murid tulis LATIHAN ULASAN pula berdasarkan video di atas (RUJUK VIDEO KEDUA)

AKTIVITI 5

1.  Anak-anak diminta untuk menghantar hasil tugasan ke dalam link Google Photo yang Cikgu Rin sediakan.

2.  Moga anak-anak memahami setiap kemahiran yang dipelajari pada hari ini.


Terima kasih anak-anak yang hebat.











M5 PDPR PMZ TAHUN 5

 



Selamat datang di laman blog Cikgu Rin.  Pada hari ini kita akan belajar membaca lirik lagu Santun di Jalan Raya dan menyanyi mengikut tempo yang betul.  Cikgu harap anak-anak bersedia dengan PDPR kita pada hari ini.  Semoga anak-anak terhibur.


AKTIVITI 1

1.  Mohon anak-anak isi kehadiran sebelum kita memulakan aktiviti pembelajaran.


AKTIVITI 2

1.  Jom kita menonton video yang Cikgu Rin sediakan.  Pastikan anak-anak mengikut setiap aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam video di bawah.

2.  Anak-anak perlu merujuk buku teks pada halaman 10 dan 11.




3.  Anak-anak telah berjaya membaca lirik menggunakan sebutan yang betul dan menyanyikan lagu Santun di Jalan Raya dengan mengikut tempo cepat dan tempo lambat dengan betul?

4.  Sekiranya belum menguasai kemahiran menyanyi  mengikut tempo yang betul, anak-anak jangan risau.  Anak-anak boleh berlatih menyanyi berulang kali sehingga berjaya menguasai kemahiran menyanyi mengikut tempo dengan tempo.


AKTIVITI 3

1.  Sekarang tiba masanya untuk membuat latihan bertulis.  Murid diminta menyalin semula lirik lagu Santun di Jalan Raya dengan kemas dan betul.  (Rujuk buku teks muka surat 10)

2.  Salin lirik lagu tersebut dalam buku tulis Muzik (berwarna hijau dan bersaiz panjang).


AKTIVITI 4

1.  Murid  menghantar hasil tugasan kepada guru.

2.  Ambil gambar hasil tugasan dan hantar melalui link  Google Photo yang guru sediakan.


TERIMA KASIH ANAK-ANAK YANG HEBAT



Ahad, 7 Februari 2021

M4 PDPR BM TAHUN 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Cikgu Rin mendoakan anak-anak sentiasa sihat dan ceria untuk mengikuti PDPR Bahasa Melayu pada hari ini.  


AKTIVITI 1:  MENCATAT KEHADIRAN

1.  Sebelum kita meneruskan PDPR Bahasa Melayu, Cikgu Rin berharap anak-anak telah mengisi kehadiran dengan menekan link di bawah.  

https://forms.gle/9yXxDvC8JYBA5nfTA


AKTIVITI 2:  BUKA BUKU TEKS

1.  Murid diminta untuk membaca dan memahami teks di muka surat 6.

HALAMAN 6


AKTIVITI 3:  MARI MENONTON YOUTUBE

1.  Murid menonton video di laman sesawang Youtube untuk memahami isi pengajaran dengan lebih mendalam.


AKTIVITI 4:  MEMBUAT TUGASAN

1.  Murid diminta membuat latihan tugasan dalam buku tulis TATABAHASA.  





AKTIVITI 5:  MENGHANTAR TUGASAN

1.  Murid diminta untuk menghantar hasil tugasan ke link Google Photo yang telah cikgu sediakan. 




M4 PDPR BM TAHUN 6 UNIT 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Cikgu Rin mendoakan anak-anak sentiasa sihat dan ceria untuk mengikuti PDPR Bahasa Melayu pada hari ini.  Sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti PDPR Bahasa Melayu, marilah kita menonton video yang cikgu sediakan supaya anak-anak mendapat sedikit gambaran isi pengajaran yang akan cikgu sampaikan dalam laman blog ini.



AKTIVITI 1:  CATAT KEHADIRAN

Sebelum kita meneruskan PDPR Bahasa Melayu, Cikgu Rin berharap anak-anak telah mengisi kehadiran dengan menekan link di bawah.  

https://forms.gle/9yXxDvC8JYBA5nfTA


AKTIVITI 2:  MEMBACA NOTA PADAT

1.  Murid diminta untuk membaca dan memahami nota padat yang disediakan oleh guru.  


NOTA PADAT


AKTIVITI 3:  BUKA BUKU TEKS

1.  Murid diminta membaca buku teks di halaman 11, 12 dan 14.

HALAMAN 11


HALAMAN 12


HALAMAN 14


AKTIVITI 4:  MEMBUAT TUGASAN

1.  Murid diminta untuk membuat TIGA tugasan latihan yang disediakan oleh guru.  Latihan hendaklah dibuat dalam buku penulisan BAHAGAI A  - BINA AYAT (buku berwarna biru bersaiz panjang)


      A) LATIHAN 1:


        B)  LATIHAN 2:


        C)  LATIHAN 3:



AKTIVITI 5:  MENGHANTAR TUGASAN

1.  Latihan tugasan yang telah siap perlu dihantar ke link Google Photo yang Cikgu Rin telah sediakan untuk penilaian PBD.  




Khamis, 4 Februari 2021

M3 PDPR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Bertemu lagi kita pada hari ini dalam PDPR Pendidikan Muzik Tahun 5.  Semoga semua murid mendapat ilmu yang bermanfaat dalam PDPR pada hari ini.  Selamat terhibur dan belajar bersungguh-sungguh.


AKTIVITI 1 :  MENGISI KEHADIRAN SECARA ONLINE

1.  Sebelum kita meneruskan PDPR pada hari ini, cikgu mohon semua murid jangan lupa untuk mengisi kehadiran secara online.  Sila klik link di bawah.

https://forms.gle/4yvwxEecnELYQTCE9


AKTIVITI 2 :  BACA BUKU TEKS PENDIDIKAN MUZIK

1.  Murid diminta membaca dan meneliti buku teks di halaman 7.

HALAMAN 7



AKTIVITI 3:  MARI MENONTON VIDEO 

1.  Murid diminta untuk menonton dan memahami penerangan guru di laman Youtube.  


2.  Murid-murid diminta dengar dengan teliti cara mainkan alat perkusi mengikut CORAK IRAMA 1 dan CORAK IRAMA 2 yang terdapat dalam video di atas.
  • Audio 10 : Latihan Corak Irama 1 (kayu tik tok)
  • Audio 11 : Latihan Corak Irama 1 (tamborin)
  • Audio 12 : Latihan Corak Irama 1 (dram bes)
  • Audio 13 : Latihan Corak Irama 1 (ensembel)
  • Audio 14 : Latihan Corak Irama 2 (kayu tik tok)
  • Audio 15 : Latihan Corak Irama 2 (tamborin)
  • Audio 16 : Latihan Corak Irama 2 (dram bes)
  • Audio 17 : Latihan Corak Irama 2 (ensembel)


 AKTIVITI 4:  MEMBUAT LATIHAN 

1.  Murid dikehendaki menyalin semula Corak Irama 1 dan Corak Irama 2 yang terdapat dalam buku teks di halaman 7 dengan cantik dan kemas. Tulis dalam buku hijau (buku baluk).


AKTIVITI 5:  HANTAR HASIL TUGASAN

1.  Hantar hasil tugasan di dalam link yang telah disediakan oleh guru untuk penilaian PBD.










M6 PDPR SEJARAH TAHUN 6

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Kita bertemu lagi pada hari ini dalam PDPR Sejarah.  Topik pada kali ini amat menarik.  Cikgu harap s...